Eco Fun Run Karnival Sihat Milik Semua Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis

10 Aug 2025

Dewan 2020, Kangar, Perlis


Online registration is now closed.
Print Confirmation Slip

List of Participants

Pengambilan Kit Larian



Tarikh dan Masa
Sabtu, 9 Ogos 2025, 2.00 petang - 6.00 petang

Tempat
Dewan 2020, Kangar, Perlis

Apa yang anda perlu bawa? Nota Penting
  • Tiada pengambilan kit larian selepas 9 Ogos 2025 pukul 6.00 petang termasuk pada hari larian dan sebelum pelepasan peserta.
  • Kit larian yang tidak diambil selepas 9 Ogos 2025 pukul 6.00 petang akan dikira sebagai tidak dikehendaki dan pihak Penganjur berhak untuk melupuskan kit tersebut.

Masa Pelepasan

Ahad, 10 Ogos 2025
8:00 pagi
Dewan 2020, Kangar, Perlis

Tentatif Acara

9 Ogos 2025 (Sabtu):
  • 2:00 petang – 6:00 petang: Pengambilan kit acara (REPC)
10 Ogos 2025 (Ahad):
  • 7:00 pagi: Ketibaan peserta
  • 7:30 pagi: Senaman dan pemanasan badan
  • 8:00 pagi: Pelepasan 6km Fun Run
  • 10.00 pagi: Cabutan bertuah
  • 11.30 pagi: Bersurai



Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah

Acara ini adalah larian santai 6 km mengelilingi Bukit Lagi Ecopark, Kangar, Perlis sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis.

Objektif acara:

  1. Meraikan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis bersama Tuanku dan seluruh rakyat.
  2. Mempelopori acara sihat dan santai. 6km berlari/berjalan santai bersama keluarga dan sahabat sambil menghargai keindahan dan keunikan Bukit Lagi, salah satu tarikan utama Perlis Geopark.
  3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berkualiti dan aktiviti luar yang menyeronokkan, memberi nilai ilmu serta menyemai sifat perihatin kepada pemuliharaan dan kebersihan alam sekitar.

Kategori Larian

Jarak Umur
6km Fun Run - Dewasa 19 tahun dan ke atas
6km Fun Run - Kanak-kanak & Junior 18 tahun dan ke bawah

Yuran Pendaftaran

Kategori Yuran (26/06/2025 – 25/07/2025)
6km Fun Run - Dewasa RM20.00
6km Fun Run - Kanak-kanak & Junior RM15.00
Nota:
  • Yuran yang ditunjukkan tidak termasuk yuran pengurusan.
  • Yuran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri atau tidak dapat mengambil bahagian pada hari larian.

Setiap Peserta Akan Mendapat

  • Topi eksklusif Jubli Perak
  • Nombor bib
  • Insurans
  • Minuman
  • Peluang memenangi cabutan bertuah
  • Sijil penyertaan elektronik (e-Certificate)

Organiser

Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis

Co-organiser

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis