Runaesthesia 2025

1 Nov 2025

UiTM Perlis, Arau Campus


Online registration is now closed.
Print Confirmation Slip

List of Participants

Pengambilan Pek Acara

Pengambilan Pek Acara Runaesthesia 2025

Tarikh dan Masa
Jumaat, 31 Oktober 2025, 10.00 pagi - 4.30 petang

Tempat
Ruang Legar (Lobi) Blok B, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis

Apa yang anda perlu bawa? Nota Penting
  • Pertukaran saiz baju adalah tidak dibenarkan.
  • Tiada pengambilan pek acara selepas 31 Oktober 2025 pukul 4.30 petang termasuk pada hari larian dan sebelum pelepasan peserta.
  • Pek acara yang tidak diambil selepas 31 Oktober 2025 pukul 4.30 petang akan dikira sebagai tidak dikehendaki dan pihak Penganjur berhak untuk melupuskan pek acara tersebut.


Runaesthesia 2025

Perkhidmatan Anestesia dan Rawatan Kritikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memberi perawatan yang optimum kepada pesakit. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Tuanku Fauziah adalah: pembiusan di bilik bedah bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan secara elektif dan kecemasan; melihat pesakit lebih awal sebelum pembedahan di Klinik Anestesia supaya kondisi pesakit dapat dioptimumkan dan pembedahan dapat dijalankan seperti dijadualkan dan dengan selamat; menangani kesakitan pesakit setelah pembedahan atau trauma dengan memberikan Perkhidmatan Kesakitan Akut (Acute Pain Service, APS) dan juga bagi kesakitan kronik (chronic pain) di wad atau di Klinik Pengurusan Kesakitan; merawat pesakit dalam keadaan kritikal, memerlukan bantuan pernafasan dan rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit, ICU) dan di wad; serta memberikan khidmat sedasi di luar bilik bedah (remote anaesthesia) seperti di bahagian radiologi bagi imbasan CT dan MRI.

Seperti yang masyarakat umumnya sedia maklum, khidmat utama Jabatan Anestesia berkisar pada pembiusan untuk pembedahan. Namun, peranan Doktor dan Pakar Bius/Anestesia (anaesthesiologist) adalah lebih luas dari itu. Pakar Bius/Anestesia memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan merawat dan menangani kes-kes kecemasan di unit penjagaan rapi (critical care area) di hospital dan di lapangan seperti kawasan bencana alam dan peperangan. Kes-kes kecemasan ini biasanya melibatkan pesakit yang tidak stabil dan mengancam nyawa. Sehubungan dengan itu, World Federation of Societies of Anaesthesiologist (WFSA) telah mengangkat ‘Anaesthesiology in Health Emergencies’ sebagai tema sambutan Hari Anestesia Sedunia 2025 bagi memberi pendedahan kepada orang awam tentang peranan Doktor dan Pakar Bius dalam menguruskan kes-kes kecemasan dan pesakit yang kritikal.

Dengan mengangkat tema yang sama, kami ingin memeriahkan lagi Hari Anestesia Sedunia yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun dengan menganjurkan sambutan Hari Anestesia Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Perlis yang padat dengan aktiviti-aktiviti menarik yang dapat memberikan pendedahan kepada orang awam tentang Anestesia, khususnya peranan Doktor dan Pakar Bius/Anestesia.

Objektif & Matlamat

  • Memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Tuanku Fauziah dan peranan doktor bius/anestesia kepada orang awam, khususnya warga UiTM Cawangan Perlis.
  • Memberi pengetahuan kepada orang awam tentang kaedah-keadah pembiusan/anestesia untuk pembedahan.
  • Mengurangkan ketakutan orang awam, khususnya warga UiTM Cawangan Perlis terhadap pembiusan dan membanteras mitos berkaitan pembiusan.
  • Memberikan pengetahuan mengenai penjagaan pesakit di ICU kepada masyarakat umum.
  • Memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan CPR (cardiopulmonary resuscitation) kepada warga UiTM Cawangan Perlis dan orang awam dengan menunjukkan demonstrasi cara melakukan CPR mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh American Heart Association.
  • Memberi peluang kepada warga UiTM Cawangan Perlis dan orang awam untuk melakukan praktikal CPR menggunakan manikin.
  • Mengeratkan silaturahim antara petugas kesihatan dan orang awam.

Kategori Larian

Kategori Umur
5 km Fun Run 5 tahun & ke atas

Yuran Penyertaan

Kategori Yuran Penyertaan (01/08/2025 - 15/09/2025)
5 km Fun Run (Baju lengan pendek) RM50.00
5 km Fun Run (Baju lengan panjang) RM50.00
Note: Yuran yang ditunjukkan tidak termasuk 6.5% yuran pengurusan

Masa Pelepasan

Kategori Masa Pelepasan
5 km Fun Run Sabtu, 1 November 2025, 8.00 pagi - 10.00 pagi

Baju Acara

Baju acara lengan pendek Runaesthesia 2025

Baju acara lengan panjang Runaesthesia 2025

Pingat

Pingat Runaesthesia 2025

Setiap Peserta Akan Mendapat

  • Baju acara
  • Pingat
  • Nombor bib
  • Goodie bag
  • Peluang memenangi cabutan bertuah
  • Sijil penyertaan elektronik (E-certificate)

Organiser

Persatuan Anestesia Perlis

Co-organiser

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal HTF, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA), PGMES Perlis