PRIPEX Fun Run 2026

6 Oct 2026

Dewan Wawasan, Kangar, Perlis


Online registration is now open.
Register Now List of Participants
Registration Closing Date: 1 Sep 2026 11:00:00 pm
Print Confirmation Slip

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Sentiasa semak halaman ini untuk mendapatkan maklumat terkini.
PRIPEX Fun Run 2026

PRIPEX Fun Run 2026 ialah program larian berkonsepkan penyertaan sekolah yang memberi fokus kepada kepimpinan murid melalui Pengawas Pusat Sumber (PSS), gaya hidup sihat, jaringan warga sekolah serta pengurusan acara yang sistematik. Program akan dilaksanakan pada 6 Oktober 2026 dengan titik mula dan tamat di Dewan 2020, Kangar serta laluan sekitar Gua Cenderawasih.

Dokumentasi digital program diperkukuh melalui Jawatankuasa Teknikal & Livestreaming SSTP yang mengendalikan siaran langsung segmen utama acara melalui platform rasmi yang diluluskan.

Objektif

  • Menghimpunkan Pengawas Pusat Sumber daripada 104 buah sekolah negeri Perlis dalam satu program berimpak peringkat negeri.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan, disiplin, daya tahan dan semangat berpasukan Pengawas Pusat Sumber.
  • Memperkukuh jaringan kolaboratif antara GPM, Guru TV PSS, guru pengiring, murid dan pihak penganjur.
  • Memberi pengalaman pengurusan acara berskala besar kepada GPM dan Guru TV PSS melalui Jawatankuasa Kerja yang tersusun.
  • Mewujudkan penjenamaan PRIPEX Fun Run sebagai program yang boleh dikembangkan pada masa hadapan.

Kategori Acara

Kategori Umur
3 km Fun Run (Sekolah Rendah) 7 - 12 tahun
6 km Fun Run (Sekolah Menengah) 13 - 17 tahun
6 km Fun Run (Pelajar IPT & Orang Awam) 18 tahun dan ke atas

Yuran Penyertaan

Kategori Yuran (Bermula 12/08/2028 sehingga 01/09/2026)
3 km Fun Run (Sekolah Rendah) RM35.00
3 km Fun Run (Sekolah Rendah) pingat sahaja RM13.00
6 km Fun Run (Sekolah Menengah) RM35.00
6 km Fun Run (Sekolah Menengah) pingat sahaja RM13.00
6 km Fun Run (Pelajar IPT & Orang Awam) RM45.00
6 km Fun Run (Pelajar IPT & Orang Awam) pingat sahaja RM13.00
Nota: Yuran yang ditunjukkan tidak termasuk minimum RM1.50 atau 6% yuran pengurusan

Baju Acara

Akan dikemaskini kemudian

Pingat

Akan dikemaskini kemudian

Setiap Peserta Akan Mendapat

  • Baju acara (kecuali yang tidak membayar harga baju)
  • Pingat
  • Nombor bib
  • Makanan dan minuman ringan
  • Peluang memenangi cabutan bertuah
  • Sijil penyertaan elektronik (E-certificate)

Organiser

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Supported By

MEP21