Event Information
The Telipong Trail Run
7 Feb 2026
Felda Batu Lapan, Changlun, Kedah
Online registration is now closed.
Print Confirmation Slip
Print Confirmation Slip
Lebih banyak maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Pemindahan Bib

Sekiranya anda tidak dapat menyertai The Telipong Trail Run pada 7 Februari 2026 nanti, anda boleh memindahkan bib anda kepada peserta lain yang belum mendaftar.
Sila hubungi +6013-4630764 bermula dari 15 Januari sehingga 28 Januari 2026 (Isnin - Sabtu, 10.00 pagi - 6.00 petang) untuk urusan tersebut.
Pengambilan Kit Acara

Tarikh dan Masa
Jumaat, 6 Februari 2026, 2.30 petang - 8.30 malam
Tempat
Dewan Sekolah Kebangsaan Felda Batu Lapan, Changlun, Kedah
Lokasi dalam Google Maps
Apa yang anda perlu bawa?
- Kad pengenalan.
- Slip pengesahan pendaftaran. Muat turun slip di sini.
- Borang Indemniti yang ditandatangani oleh anda. Muat turun, isi dan cetak Borang Indemniti di sini.
- Peserta yang berumur di bawah tujuh belas (17) tahun pada hari perlumbaan dikehendaki mengemukakan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga. Muat turun, isi dan cetak Borang Kebenaran Ibu Bapa di sini.
- Senarai barangan wajib (untuk kategori 25 km dan 10 km sahaja) yang ditandatangani oleh anda. Muat turun, isi dan cetak Senarai Barangan Wajib di sini.
Jika anda tidak dapat hadir sendiri, anda boleh menghantar menghantar wakil untuk mengambil kit acara bagi pihak anda. Wakil tersebut perlu membawa:
- Kad pengenalan wakil.
- Salinan kad pengenalan peserta berdaftar.
- Slip pengesahan pendaftaran peserta. Muat turun slip di sini.
- Borang Indemniti yang ditandatangani oleh anda. Muat turun, isi dan cetak Borang Indemniti di sini.
- Penukaran saiz baju acara adalah sama sekali tidak dibenarkan.
- Pendaftaran peserta tambahan tidak akan dilayan. Hanya peserta dalam senarai rasmi pendaftaran akan diberikan kit acara.
- Tiada pengambilan awal atau lewat daripada masa yang ditetapkan akan dilayan termasuk sebelum pelepasan pada hari acara.
- Peserta untuk kategori 25 km dan 10 km diwajibkan untuk mengambil sendiri kit acara masing-masing. WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
- Peserta bagi kategori 25 km dan 10 km mesti membawa barang-barang wajib seperti yang disenaraikan di bawah seksyen 'Barangan Wajib'.
- Nombor bib TIDAK AKAN DIBERIKAN dalam kit acara kepada WAKIL PESERTA YANG MENARIK DIRI (DNS) TERMASUK PESERTA ITU SENDIRI. Peserta boleh mengambil nombor bib 2 minggu selepas acara. Muat turun, isi dan cetak Borang DNS di sini.
- Tiada pengambilan pek acara selepas 6 Februari 2026 pukul 8.30 malam termasuk pada hari larian dan sebelum pelepasan peserta.
- Pek acara yang tidak diambil selepas 6 Februari 2026 pukul 8.30 malam akan dikira sebagai tidak dikehendaki dan pihak Penganjur berhak untuk melupuskan pek acara tersebut.
Buku Panduan Peserta
Muat turun buku panduan untuk rujukan andaFail GPX
Muat turun fail GPX untuk 25 kmMuat turun fail GPX untuk 10 km
Muat turun fail GPX untuk 3 km
Barangan Wajib
| Barangan | 25 km | 10 km | 3 km |
|---|---|---|---|
| Headlamp (minimum 100 Lumens) | |||
| Blinker | |||
| Hydration system (minimum 500 ml) | |||
| Cawan | RC | ||
| Mangkuk | RC | ||
| Wisel | RC | RC | |
| Pole | RC | RC | |
| Telefon bimbit | RC | ||
| Kad pengenalan (Salinan digital atau asal) | |||
| Basic first aid | RC | RC |
Wajib
RC Digalakkan
Tidak wajib
Maklumat Lanjut
Hubungi +6011-69236651 & +6016-4494717
The Telipong Trail Run merupakan satu acara larian denai anjuran Komuniti Felda Batu Lapan, Changlun, Kedah yang pertama kali diadakan dan melibatkan Bukit Telipong dan Bukit Tok Dun. Larian ini terbuka kepada semua peminat larian acara berkonsepkan denai.
Objektif
- Mempromosi aktiviti agro-pelancongan di Felda Batu Lapan, Felda Laka Selatan dan perkampungan Felda di sekitarnya.
- Mempromosi acara sukan pelancongan khususnya dalam mempromosikan Tahun Melawat Negeri Kedah dan sempena Sambutan 70 Tahun Felda 2026 dan persediaan Tahun Melawat Felda 2027.
- Memperkenalkan keunikan dan potensi di Felda Batu Lapan, Changlun seperti inap desa (homestay), chalet kampung, produk IKS tempatan, dan aktiviti kesenian dan kebudayaan setempat.
- Membangunkan atlit-atlit dan pelapis dalam acara larian denai di kalangan belia Felda wilayah utara.
- Memupuk semangat perpaduan berbilang kaum dan agama dalam penyertaan acara sukan pelancongan.
- Meningkatkan sosio-ekonomi setempat dan kawasan sekitar Felda Batu Lapan, Changlun.
- Pendedahan kepada golongan belia dan peneroka Felda dalam pengurusan acara seterusnya meningkatkan ekonomi di Felda.
Kategori Acara
| Jarak | Kategori | Kumpulan Umur |
|---|---|---|
| 25 km | Men's Open | 18-39 tahun |
| Men's Senior | 40 tahun & ke atas | |
| Women's Open | 18-39 tahun | |
| Women's Senior | 40 tahun & ke atas | |
| 10 km | Men's Open | 18-39 tahun |
| Men's Senior | 40 tahun & ke atas | |
| Women's Open | 18-39 tahun | |
| Women's Senior | 40 tahun & ke atas | |
| 3 km | Fun run | 5 tahun & ke atas |
Yuran Penyertaan
| Kategori | Harga Pendaftaran Lewat (08/12/2025 - 19/12/2025) |
|---|---|
| 25 km (Semua kategori) | RM150.00 |
| 10 km (Semua kategori) | RM100.00 |
| 3 km Fun Run | RM50.00 |
Baju Acara

Baju Penamat Larian (Kategori 25 km sahaja)

Pingat Penamat Larian

Masa Pelepasan dan Had Tamat Larian
| Kategori | Masa Pelepasan | Had Tamat Larian |
|---|---|---|
| 25 km (Semua kategori) | Sabtu, 7 Februari 2026, 4.00 pagi | 6 jam |
| 10 km (Semua kategori) | Sabtu, 7 Februari 2026, 7.00 pagi | 3 jam 30 minit |
| 3 km Fun Run | Sabtu, 7 Februari 2026, 8.00 pagi | 1 jam 30 minit |
Pakej Peserta
| Barangan | 25 km | 10 km | 3 km |
|---|---|---|---|
| Baju acara | |||
| Pingat penamat larian | |||
| Baju penamat larian | |||
| Nombor bib | |||
| Cip masa | |||
| Keputusan larian | |||
| Trofi untuk pemenang (Tempat pertama hingga ke-10) | |||
| Wang tunai untuk pemenang (Tempat pertama hingga ke-3) | |||
| Sijil penyertaan digital (e-Certificate) | |||
| Insurans | |||
| Kenduri kampung | |||
| Cabutan bertuah |
Hadiah Pemenang
| Kategori | Kedudukan | 25 km | 10 km |
|---|---|---|---|
|
Men's Open Men's Senior Women's Open Women's Senior |
Pertama | RM800 | RM500 |
| Ke-2 | RM600 | RM300 | |
| Ke-3 | RM400 | RM200 | |
| Ke-4 hingga ke-10 | Trofi | Trofi |