Event Information
Guar Sanji Kampung Run
3 Jan 2026
Kampung Che Ok, Guar Sanji, Arau, Perlis
Print Confirmation Slip
Pengambilan Kit Acara

Tarikh dan Masa
Jumaat, 2 Januari 2026, 2.30 petang - 6.30 petang
Tempat
Depan Pejabat AMI Construction, Kg Che Ok, Simpang Empat, Perlis
Lokasi dalam Google Maps
Apa yang anda perlu bawa?
- Kad pengenalan.
- Slip pengesahan pendaftaran. Muat turun slip di sini.
Jika anda tidak dapat hadir sendiri, anda boleh menghantar menghantar wakil untuk mengambil kit acara bagi pihak anda. Wakil tersebut perlu membawa:
- Kad pengenalan wakil.
- Salinan kad pengenalan peserta berdaftar.
- Slip pengesahan pendaftaran peserta. Muat turun slip di sini.
- Penukaran saiz baju acara adalah sama sekali tidak dibenarkan.
- Pendaftaran peserta tambahan tidak akan dilayan. Hanya peserta dalam senarai rasmi pendaftaran akan diberikan kit acara.
- Tiada pengambilan pek acara selepas 2 Januari 2026 pukul 6.30 petang termasuk pada hari larian dan sebelum pelepasan peserta.
- Pek acara yang tidak diambil selepas 2 Januari 2026 pukul 6.30 petang akan dikira sebagai tidak dikehendaki dan pihak Penganjur berhak untuk melupuskan pek acara tersebut.
- Terdapat 3 zon parkir kenderaan disediakan. Tidak dibenarkan parkir di bahu jalan utama. Sila patuhi arahan petugas parkir untuk kelancaran proses pengambilan kit acara.
Maklumat Lanjut
Hubungi +6011-11908590 & +6010-3432153Laluan Acara



Guar Sanji Kampung Run merupakan sebuah acara larian santai yang menggabungkan semangat kecergasan dengan keunikan budaya tempatan. Dengan slogan "Berlari Bersama Menikmati Makanan Tradisi & Panorama Guar Sanji…", peserta bukan sahaja berpeluang untuk merasai pengalaman larian yang menyeronokkan, malah dapat menikmati hidangan tradisi kampung serta keindahan panorama sawah padi dan suasana desa yang tenang di Guar Sanji.
Acara ini bukan sekadar tentang kepantasan, tetapi lebih kepada meraikan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah, serta memperkenalkan keistimewaan kampung kepada para peserta. Sama ada anda seorang pelari tegar atau hanya ingin berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan, Guar Sanji Kampung Run menjanjikan pengalaman yang unik, penuh warna dan penuh makna.
Objektif
- Menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian santai yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
- Memperkenalkan dan mempromosikan Guar Sanji sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti dengan keindahan alam serta budaya setempat.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara peserta, penduduk kampung dan pelawat dari luar.
- Mempromosikan makanan tradisi kampung sebagai salah satu daya tarikan utama acara.
- Membangunkan semangat kebersamaan melalui aktiviti komuniti yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Kategori Acara
| Kategori | Umur |
|---|---|
| 6 km Fun Run | 7 tahun & ke atas |
| 3 km Fun Walk | 2 tahun & ke atas |
Yuran Penyertaan
| Kategori | Harga Murah (Bermula 28/08/2025 untuk 500 peserta pertama) |
Harga Normal (Sehingga 10/12/2025) |
|---|---|---|
| 6 km Fun Run | RM25.00 | RM35.00 |
| 3 km Fun Walk | RM25.00 | RM35.00 |
Masa Pelepasan
| Kategori | Masa Pelepasan |
|---|---|
| 6 km Fun Run | Sabtu, 3 Januari 2026, 7.30 pagi |
| 3 km Fun Walk | Sabtu, 3 Januari 2026, 7.45 pagi |
Baju Acara

Setiap Peserta Akan Mendapat
- Baju acara
- Makanan dan minuman ringan
- Insurans
- Peluang memenangi cabutan bertuah
- Sijil penyertaan elektronik (E-certificate)
Hadiah
- Pakaian menarik tema orang kampung
- Cabutan bertuah